MISTERI SEGITIGA BERMUDA
Tidak semua
pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena
alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah
misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut
di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico
(Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat
dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut
dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.
Sekitar 1492,
ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika
Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di
tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah
berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.
Lebih dari itu,
tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya
dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut.
Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang
begitu saja.
Begitulah Segitiga
Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang
tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat
'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.
Menurut catatan
seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah
lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak,
kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana.
Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.
Segitiga Bermuda
juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar
yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF
Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada
siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan
penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami
disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa
sempat memberi isyarat SOS.
Anehnya, misteri
Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3
Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun
turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah-
wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam
pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat
ditemui.
Tahun demi tahun
berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka
pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika
cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.
Banyak teori
kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut
teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada
juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya
dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole)
yang hanya terjadi di angkasa luar sana.
0 komentar:
Posting Komentar